Price Tag

Tuesday 5 July 2011

Tegur !

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya.

malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg,

tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang

dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...' Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah

tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda

impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi.

.. bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak

mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani

menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus

mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga.

.." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh

Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi..."Eh ko ni Samat.

.. kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni..

. mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya

hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa

mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... ada lagi.... "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi...

sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan.

Jahat Nye Mak Dy

"Anak: Mak ... boleh saya berenang?

Mak: Tak boleh nak, air tu dlm(sambil menunjuk ke arah laut)

Anak: Ayah tu boleh berenang.. Dia pon bukan pandai berenang

Mak: Nak kau mesti ingat , ayah kau ada insuran! Beratus ribu ringgit lagi!!!"

HAHAHA !

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Maharaja Lawak (Jambu)

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam. 
Bapa: Apa bukti awak? 
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu". 

Bodo Nye Orang ... Wakakkakak ..

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor 
atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan 
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Pdn Muka Pakcik Tu .. Hahahha

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

Kantoi !!!

Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....


"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si
isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab.... 


Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....


Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membaca
suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....